Sunday 22 September 2013

Warisan Kesenian...

Negara kita kaya dengan warisan kesenian pelbagai kaum.Beberapa bidang kesenian tersebut telah diwartakan sebagai warisan kesenian negara.Kesenian yang dimaksudkan ini mempunyai pelbagai bidang.Antaranya ialah;
Bidang Muzik,Bidang Drama,Bidang Seni Kraf,Bidang Seni Kraf,Bidang Seni Bina,Bidang Seni Tari,Bidang Permainan Tradisional dan Bidang Seni Mempertahankan Diri.
Mari kita lihat warisan tersebut.

Bidang Muzik
~Boria ~Bongai ~Dikir Barat ~Dondang Sayang ~Gendang Pahang ~Ghazal ~Muzik Gamelan ~Muzik Kaum Semelai
Muzik Gamelan.

Ghazal.

Bidang Drama

~Makyung ~Mek Mulung ~Wayang Kulit ~Jikey ~Teater Nur Sakti ~Hamdolok ~Tarian Pulai ~Rolat ~Wayang Gedek
Makyung.
Wayang Gedek.

Bidang Seni Kraf

~Batik ~Songket ~Anyaman ~Kayu ~Perak ~Tembaga ~Seramik
Anyaman.
Songket.

Bidang Seni Bina

~Seni Bina Melayu ~Seni Bina Cina ~Seni Bina India
Seni Bina Melayu.

Seni Bina Cina.

Bidang Seni Tari

~Dabus ~Kuda Kepang ~Joget ~Payung ~Bunga ~Bhratha Natyam ~Serimpi ~Sumazau ~Anding ~Ngajat ~Koncang
Tarian Sumazau
Tarian Ngajat.

Bidang Permainan Tradisional 

~Batu Seremban ~Galah Panjang ~Ketingting ~Sepak Raga Ratus ~Dam Harimau ~Sorok-sorok ~Koba ~Congkak
Permainan Congkak.
Sepak Raga Ratus.

Bidang Seni Mempertahankan Diri

~Silat ~Silambam ~Wushu
Silat.
Silambam.
Wushu.

PENGEKALAN WARISAN UNDANG-UNDANG.

Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan warisan kesenian dapat dikekalkan.Antaranya ialah;

Kuat Kuasa Undang-undang.

Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005.Melalui akta ini,beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara.Oleh itu,sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.
Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Pendokumentasian

Usaha pendokumentasian bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan(KeKKWa).Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio,visual dan penulisan buku.Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.

Pendidikan

Banyak bidang kesenian diajar di insitusi pengajian tinggi tempatan.Para pelajar diberi pendedahan,ilmu,kemahiran asas dan pengetahuan.Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),Universiti Malaya,Universiti Teknologi MARA,Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institusi Kraf Negara.










Thursday 19 September 2013

Kepentingan Sumber Sejarah...
Sumber sejarah penting untuk menkaji peristiwa masa lampau.Lihat kepentingannya dibawah.
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Malaysia.

Kebaikan sumber sejarah diatas ialah:-

~Dokumen pemasyhuran membolehkan kita mengetahui sebab,
akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa.
~Dokumen ini menjadi sumber rujukan bagi mengkaji peristiwa kemerdekaan negara.
~Dokumen ini menjadi satu sumber untuk mengetahui kronologi kemerdekaan negara.
~Tulisan Jawi digunakan  secara meluas sejak sebelum merdeka.

  
Cap Mohor Kerajaan Terengganu semasa pemerintahan
 Sultan Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada tahun 1338 H.




Penemuan Sumber Sejarah...

Penyelidikan oleh ahli sejarah dan ahli arkeologi telah membawa kepada beberapa penemuan sejarah.
Antaranya ialah;

Penemuan batu bersurat di Terengganu pada tahun 1899 menunjukkan kedatangan awal Islam ke Tanah Melayu.
Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berangg,Terengganu.

Perjanjian Pangkor 1874 dapat menjelaskan peristiwa peluasan kuasa British semasa menguasai negeri-negeri Melayu.

Perjanjian Pangkor 1874


Penemuan artifak seperti syiling,manik dan tembikar membuktikan aktiviti perdagangan telah lama wujud di negara kita.Selain itu, kita dapat mengetahui tamadun mesyarakat pada masa itu.

Penemuan tembikar dan manik di Lembah Bujang,Kedah.






Sumber Sejarah...

Ahli sejarah menkaji sesuatu peristiwa menggunakan sumber sejarah seperti  dokumen dan artifak.Sumber sejarah ini mengandungi perincian tentang masa lampau seperti tarikh,tempat,tokoh terlibat dan faktor-faktor berlaku sesuatu peristiwa.

Dokumen

Dokumen merupakan bahan bertulis dan bercetak.Antara dokumen tersebut termasuklah surat rasmi,surat perjanjian,akhbar,fail rasmi jabatan,manuskrip, dan rekod-rekod mesyuarat.
Dokumen dapat menjelaskan sesuatu peristiwa.

Artifak...

Artifak merupakan objek dan peralatan ciptaan manusia.Antara artifak tersebut termasuklah tembikar dan peralatan yang diperbuat daripada logam.
Wang Syiling
Tembikar

manik
rantai







Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah..

Kita perlu menghargai bangunan bersejarah yang banyak terdapat di negara ini.Usaha-usaha telah dilakukan bagi memelihara dan memulihara bangunan tersebut.
    Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dilakukan supaya bahagian bangunan tersebut tidak reput,rosak dan usang.Walaupun dibaik pulih, reka bentuk asal bangunan tersebut dikekalkan.Sehingga hari ini,kita dapat meihat bangunan bersejarah masih kukuh dan terus digunakan.
    Gambar dibawah menunjukkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadhuys telah dibaik pulih dan digunakan sebagai bangunan dan muzium.
Bangunan Abdul Samad telah dibaik pulih 
dengan mengekalkan reka bentuk asalnya.
Bangunan Stadhuys dipulihara dan dijadikan muzium.


Wednesday 18 September 2013

Bangunan Bersejarah...

Kebanyakan bangunan lama merupakan pusat pentadbiran,pertahanan ,pendidikan.Kini bangunan tersebut dijadikan warisan sejarah.Selain itu,bekas rumah kediaman pemimpin juga merupakan bangunan sejarah.
Bangunan Stadhuys di Melaka.Bangunan ini
dibina oleh penjajah Belanda sebagai pusat pentadbiran.

Kota Margherita di Kuching,Sawarak, dibina oleh keluarga Brooke 
sebagai kubu pertahanan semasa memerintah Sarawak.
Masjid Tengkera di Melaka dibina oleh pedagang Islam.
Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak dibina oleh British 
pada tahun 1905 bagi tujuan pendidikan.
Seri Taman,iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri kedua,
Tun Abdul Razak,di Kuala Lumpur dijadikan memorial perinagatan,




Warisan Sejarah...

Warisan  sejarah merupakan tinggalan lama seperti bangunan,monumen dan artifak.
Contohnya:
Bangunan Sultan Ahmad di Kuala Lumpur dibina pada tahun 1897 oleh British.
Bangunan ini dijadikan  pusat pentadbiran British pada masa itu.