Sunday 22 September 2013

Warisan Kesenian...

Negara kita kaya dengan warisan kesenian pelbagai kaum.Beberapa bidang kesenian tersebut telah diwartakan sebagai warisan kesenian negara.Kesenian yang dimaksudkan ini mempunyai pelbagai bidang.Antaranya ialah;
Bidang Muzik,Bidang Drama,Bidang Seni Kraf,Bidang Seni Kraf,Bidang Seni Bina,Bidang Seni Tari,Bidang Permainan Tradisional dan Bidang Seni Mempertahankan Diri.
Mari kita lihat warisan tersebut.

Bidang Muzik
~Boria ~Bongai ~Dikir Barat ~Dondang Sayang ~Gendang Pahang ~Ghazal ~Muzik Gamelan ~Muzik Kaum Semelai
Muzik Gamelan.

Ghazal.

Bidang Drama

~Makyung ~Mek Mulung ~Wayang Kulit ~Jikey ~Teater Nur Sakti ~Hamdolok ~Tarian Pulai ~Rolat ~Wayang Gedek
Makyung.
Wayang Gedek.

Bidang Seni Kraf

~Batik ~Songket ~Anyaman ~Kayu ~Perak ~Tembaga ~Seramik
Anyaman.
Songket.

Bidang Seni Bina

~Seni Bina Melayu ~Seni Bina Cina ~Seni Bina India
Seni Bina Melayu.

Seni Bina Cina.

Bidang Seni Tari

~Dabus ~Kuda Kepang ~Joget ~Payung ~Bunga ~Bhratha Natyam ~Serimpi ~Sumazau ~Anding ~Ngajat ~Koncang
Tarian Sumazau
Tarian Ngajat.

Bidang Permainan Tradisional 

~Batu Seremban ~Galah Panjang ~Ketingting ~Sepak Raga Ratus ~Dam Harimau ~Sorok-sorok ~Koba ~Congkak
Permainan Congkak.
Sepak Raga Ratus.

Bidang Seni Mempertahankan Diri

~Silat ~Silambam ~Wushu
Silat.
Silambam.
Wushu.

PENGEKALAN WARISAN UNDANG-UNDANG.

Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan warisan kesenian dapat dikekalkan.Antaranya ialah;

Kuat Kuasa Undang-undang.

Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005.Melalui akta ini,beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara.Oleh itu,sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.
Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Pendokumentasian

Usaha pendokumentasian bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan(KeKKWa).Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio,visual dan penulisan buku.Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.

Pendidikan

Banyak bidang kesenian diajar di insitusi pengajian tinggi tempatan.Para pelajar diberi pendedahan,ilmu,kemahiran asas dan pengetahuan.Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),Universiti Malaya,Universiti Teknologi MARA,Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institusi Kraf Negara.










No comments:

Post a Comment